Sisipan Berita

LAWATAN SERTA PERBINCANGAN PROGRAM TVET VISTA DARI PETRONAS KE ILP LABUAN

LAWATAN SERTA PERBINCANGAN PROGRAM TVET VISTA DARI PETRONAS KE ILP LABUAN

27 MAC 2024 | LAWATAN SERTA PERBINCANGAN PROGRAM TVET VISTA DARI PETRONAS KE ILP LABUAN
 
ILP LABUAN bertuah kerana dipilih oleh PETRONAS melalui program tajaan VISTA (Vocational Institution Sponsorship and Training Asistance) yang menfokuskan bidang TVET dalam sektor Minyak Dan Gas.
 
Delegasi Petronas diketuai oleh Tuan Shahrul Reza Bin Zhaikuddin (Pengurus Alliance Management Jabatan Human Capital Investment Petronas) serta M Nazri Bin Amdin (Instructor Instrumentation Kimanis Petroleum Training Centre (KTC) Petronas, telah sudi hadir ke ILP Labuan bagi membincangkan program tersebut demi memastikan kelestarian dan keperluan Industri terutama sektor Minyak dan gas di Wilayah Persekutuan Labuan dapat dipenuhi dengan para belia tempatan.
 
Pada perbincangan tersebut pelbagai inisiatif daripada Petronas di terangkan dimana program VISTA tersebut telah lama diwujudkan di seluruh pelusuk tanah air Malaysia demi mencapai hasrat kerajaan dalam memastikan Kemahiran TVET seiring dengan perkembangan teknologi dapat dipenuhi oleh Kepakaran warga tempatan seterusnya menyediakan keperluan Industri.
 
Usaha yang murni ini diharap dapat membuka ruang dan peluang kepada belia tempatan supaya berminat menceburi program tersebut yang menjanjikan peluang kebolehkerjaan dan berpendapatan tinggi.
 
Pihak Petronas dibawa melawat ke Bengkel bengkel yang menjalankan kursus berkaitan minyak dan gas seperti Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal serta Teknologi Minyak Dan Gas (Downstream).
 
Pihak ILP Labuan mengucapkan terima kasih kepada pihak Petronas atas kerjasama yang bakal terjalin antara kedua belah pihak demi memartabatkan kemahiran TVET supaya lebih berdaya saing serta kompetetif bersama Industri.

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my