Saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan restunya dapat kami mengadakan Laman Web Rasmi Institut Latihan Perindustrian Labuan. Selamat datang ke Laman Web kami dan melayarilah dengan penuh minat. Laman web ini diadakan bertujuan :
- Untuk menyebarkan maklumat latihan di ILP Labuan.
- Memberi kesedaran kepada belia-belia lepasan sekolah, tenaga kerja industri, para-para majikan dan amnya masyarakat umum di negara ini tentang pentingnya latihan vokasional.
- Mengubah persepsi dan stigma masyarakat terhadap latihan vokasional dan pekerja kolar biru melalui kelayakan kemahiran.
Melalui LAMAN WEB ini , saya berharap dapat menarik lebih ramai belia-belia khasnya di Sabah , Sarawak dan Labuan agar tampil untuk mengikuti latihan kemahiran yang disediakan. Maklumat yang dipapar, menggambarkan kegiatan kami dan anda boleh membuat pilihan yang terbaik.
ILP Labuan menyediakan banyak kemudahan dan peralatan mesin serta tenaga pengajar berpengalaman, terlatih serta berdedikasi untuk memindahkan teknologi kepada pelatih. Kami berkerja secara professional, mengurus dan mentadbirkan latihan vokasional di Institut ini.
Saya menyeru terutama sekali kepada belia-belia lepasan sekolah supaya mengikuti latihan vokasional dan menimba ilmu kemahiran sebanyak mungkin bagi masa depan diri mereka. Matlamat negara menuju negara perindustrian menjelang tahun 2020 sudah tentu memerlukan tenaga mahir yang terlatih dan berketrampilan. Oleh yang demikian rebutlah peluang latihan yang disediakan oleh kerajaan melalui ILP Labuan, Jabatan Tenaga Manusia , Kementerian Sumber Manusia, untuk kesejahteraan masa depan anda dan negara.
" TENAGA MAHIR MEMBINA NEGARA"
dan
"Latihan Vokasional Pemangkin Ekonomi Negara"
Imalistyahusnanjaya Bin Mat Hussin
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan