Kursus Jangka Pendek

Permohonan Kursus Jangka Pendek

Pengenalan & Objektif


Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasil kerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka dapat memenuhi keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.


Pengendalian Kursus


  • Semua kursus jangka pendek ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Kementerian Sumber Manusia.
  • Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.
  • Senarai kursus yang ditawarkan dan tempoh masa bagi setiap kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus (Modular) yang dikemaskini pada setiap tahun. Tarikh kursus adalah bergantung kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.
  • Namun, peserta yang berminat untuk kursus 'Customised' boleh memohon secara berkumpulan dan mecadangkan tarikh dan jangkamasa waktu untuk kursus terbabit dengan perbincangan bersama pihak institut.


Bidang Kursus


  • Kursus Jangka Pendek (Modular) ditawarkan merangkumi bidang Sivil,Mekanikal, Elektrik, Komputer dan Multimedia. Kursus ini dijalankan pada hujung minggu.
  • Kursus Khas (Customised) juga ditawarkan atas permintaan syarikat berdasarkan latihan-latihan khas yang diperlukan. Kurikulum, lokasi dan jadual latihan ditentukan mengikut persetujuan dan kesesuaian pihak syarikat dan institut.


Persijilan


Peserta-peserta yang telah mengikuti kursus serta memenuhi syarat-syarat kursus yang ditetapkan, akan menerima Sijil Kursus Meninggikan Kemahiran.


Tuntutan Kemalangan


Peserta-peserta kursus dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Indemniti (Pelepasan). Pihak Institut adalah bebas dari sebarang tuntutan dan dakwaan bersabit dengan apa jua kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa mengikuti kursus.


Kemudahan Penginapan


Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan.


Insentif Kepada Majikan


Majikan-majikan yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk mengikuti kursus di Institut ini adalah layak untuk membuat tuntutan Pelepasan Cukai Dua Kali ATAU tuntutan bayaran balik kursus daripada pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai Human Resources Development Fund (HRDF).


Yuran Kursus


Kadar yuran adalah tertakluk kepada jenis kursus yang diikuti seperti di dalam Jadual Kursus.


Permohonan Kursus


Permohonan kursus boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem eKJP atau boleh hubungi :

Unit Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan (CESS)
Jalan mohamad Salleh, 
87018 Labuan,
W.P labuan.

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telefon: 08-7414911

Nama Pegawai Untuk Berurusan:

1. En. Redzuan Bin 
2. En. Zaki Bin Jamaludin
3. Cik. Rozainun Binti

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my