1-4 NOV 2023 | KURSUS IN HOUSE : PENYELENGGARAAN MESIN KIMPALAN DI ILP LABUAN
Seramai 10 orang pengajar ILP Labuan telah mengikuti kursus Penyelenggaraan Mesin Kimpalan. Kursus ini dibimbing oleh dua orang pegawai dari ILP Kuala Terengganu iaitu En. Azmi bin Mustaffa dan En. W. Hamda bin W. Hussin.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pengajar berkenaan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) serta penyelenggaraan pembaikan kerosakan (corrective maintenance) mesin kimpalan.
Semoga dengan kursus sebegini, para pengajar memperolehi asas dalam membaik pulih mesin kimpalan serta memberi keyakinan dan keberanian untuk menyelenggara mesin-mesin kimpalan yang telah rosak. Seterusnya ilmu tersebut dapat di sampaikan pada para pelajar ILP Labuan khususnya.