Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.
Persijilan
-Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3
(Jabatan Pembangunan Kemahiran)
-Sijil Teknologi & Sijil Teknologi Perindustrian
(Jabatan Tenaga Manusia)
Tempoh Kursus
-1 hingga 2 tahun di institut
-3 bulan di industri
SYARAT KEMASUKAN
(Minima)
1. Lulus SPM atau setaraf dengannya
2. Lulus Bahasa Malaysia, Matematik, Sains
(atau Fizik, Kimia, Biologi) & Sejarah
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Elaun saku RM100.00 setiap bulan.
2. Elaun saku semasa Latihan Industri RM300.00 sebulan.
3. Tempat penginapan percuma.
4. Makan dan minum percuma sepanjang pengajian.
5. Bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan peralatan moden dan terkini.
PELUANG KERJAYA:
Peluang pekerjaan kepada lepasan kursus ini adalah sangat menggalakkan. Penggunaan dan pengawasan alat-alat penyejukbekuan udara sangat meluas. Penggunaannya terdapat di bangunan domestik dan perdaganggan seperti pejabat, hotel, hospital, bank dan di industri pembuatan makanan serta keperluan industri automobil. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Komersil) atau pekerjaan lain yang berkaitan.