11-15 JUN 2025 | KJP KURSUS PERPAIPAN RETIKULASI LEVEL 2 (PWR2) ANJURAN ABM SABAH DAN ADTEC JTM KAMPUS LABUAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PAIP DAN SANITARI
Kursus Kompetensi anjuran bersama tersebut menampilkan 20 peserta terdiri daripada kontraktor wilayah persekutuan labuan.
Selama 5 hari peserta didedahkan dengan teori dan praktikal perpaipan air retikulasi PWR2. Pelbagai tips dan tricks dikongsikan pengajar bertauliah dari ABM Sabah untuk digunapakai terutama dalam lapangan sebenar menghadapi projek yang bakal mereka perolehi kelak.
Kompetensi kontraktor sangat penting terutama memastikan kualiti kerja perpaipan bermutu dan selamat mengikut prosedur yang betul.