Sisipan Berita

PROGRAM CSR WIRA KESUMA ILP LABUAN BERSAMA KOMUNITI MASJID JAMEK LAYANG LAYANGAN WP LABUAN

PROGRAM CSR WIRA KESUMA ILP LABUAN BERSAMA KOMUNITI MASJID JAMEK LAYANG LAYANGAN WP LABUAN

16 FEB 2024 | PROGRAM CSR WIRA KESUMA ILP LABUAN BERSAMA KOMUNITI MASJID JAMEK LAYANG LAYANGAN WP LABUAN
 
Hasil daripada perbincangan dua hala, lawatan tapak hingga pada perancangan Projek, akhirnya Pasukan ILP Labuan terdiri dari 8 tenaga pengajar dan 60 pelajar daripada Teknologi Binaan Bangunan Dan Teknologi Kimpalan berjaya dalam misi program CSR membantu dari segi kerja-kerja teknikal, mengikis cat, mengimpal pagar besi yang rosak serta mengecat pagar serta tembok Masjid Jamek Layang-Layangan - Rasmi supaya lebih ceria dan berfungsi untuk kemudahan komuniti Di kawasan tersebut.
 
Projek CSR Wira Kesuma hasil idea YB Menteri Sumber Manusia ini memfokuskan khidmat sosial warga TVET dalam membantu aktiviti kemasyarakatan supaya pelajar lebih rapat bersama komuniti setempat. Disamping mempromosi program TVET Di ILP Labuan untuk diisi bersama semua pihak.
 
Dimasa hadapan ILP Labuan akan terus bekerjasama dengan komuniti lain supaya khidmat teknikal, Kemahiran yang dipelajari dapat digunakan ke arah kebaikan sejagat.
Syabas dan tahniah semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung menjayakan program CSR Wira Kesuma tersebut.

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my