Visi & Misi

Latar Belakang

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan adalah merupakan salah satu daripada 31 institut latihan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. ILP adalah merupakan agensi kerajaan pusat yang menjalankan aktiviti melatih pelajarnya dalam bidang teknikal untuk persediaan pelajar bekerja dalam pelbagai industri.

ILP Labuan terletak di Jalan Mohamad Salleh, 6 kilometer dari bandar Labuan. ILP ini dibina di kawasan seluas 32 ekar bersebelahan dengan Kompleks Sukan Labuan bermula pada bulan Mac 1982 dengan kos sebanyak RM 6.2 juta. ILP ini memulakan operasinya pada bulan Jun 1984 dengan pengambilan pelatih seramai 92 orang dalam 6 bidang kemahiran.

Untuk memanfaatkan secara optimum segala sumber yang ada dalam membangunkan dan menyampaikan latihan kemahiran teknikal kepada pelangan Institut. Selaras dengan kemajuan teknologi dan Pembangunan Industri Negara.
Visi kami adalah untuk menjadikan Institut Latihan Perindustrian Labuan sebagai sebuah Institut Latihan Perindustrian terunggul yang mampu mengendalikan latihan berterusan ketrampilan dengan pengetahuan.
Objektif Institut
• Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
• Meninggikan kemahiran pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan lebih berkesan ke arah pembangunan teknologi negara.
• Memudahkan para lepasan sekolah mendapatkan pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran perindustrian serta teknologi terkini melalui latihan
  sistematik.
• Memberikan jaminan peluang pekerjaan yang cerah serta mampu memberi peluang bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi dengan
  hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi jurutera-jurutera yang berkemahiran tinggi dan bermutu serta mampu mencapai potensi yang lebih baik.

KETUA JABATAN


Christopher Augustine
Christopher AugustineElektrikal & Mekanikal
Muhamad Fadli Hamzah
Muhamad Fadli HamzahSivil & Mekanikal

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my