Sisipan Berita

KURSUS JANGKA PENDEK ASAS MICROSOFT EXCELL

KURSUS JANGKA PENDEK ASAS MICROSOFT EXCELL

11 Mac 2023 | Labuan (Kursus Jangka Pendek Asas Microsoft Excell Teknologi Komputer Sistem, Ilp Labuan)

Jumlah peserta Industri sebanyak 15 orang masing masing dari Syarikat International Shipcare dan PJS Marine yang terdiri daripada pelbagai latar belakang umur, jantina dan kaum berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.
 
Terima kasih diucapkan pada tenaga pengajar En. Mohd Rozani Bin Yaacob dengan dibantu oleh En.Mohd Ikhwan yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam membantu para peserta untuk digunapakai semasa urusan kerja dipremis masing masing.
 
TVET Digital yang sering dilaungkan oleh kerajaan disahut dengan baik pelbagai syarikat disekitar rantau ini dengan cuba meneropong peluang menceburi bidang berkaitan untuk digunakan sebagai asas kemahiran kendiri.
Tahniah semua peserta tersebut layak diberikan Sijil Peningkatan Kemahiran yang boleh digunakan untuk mendapatkan PPT kelak.

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my