Sisipan Berita

Kursus Jangka Pendek Penyelenggaraan Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Kursus Jangka Pendek Penyelenggaraan Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Pada 13&18 Mac 2023 20 peserta telah mengikuti kursus berkaitan yang bermula dengan kelas teori dan berakhir dengan sesi amali (mengesan kerosakan dalam sistem pendawaian elektrik)

 
3 syarikat iaitu International Shipcare, PJS Marine Services Sdn Bhd dan Wilhelmsen Ship Management Sdn Bhd digabungkan bersama sama untuk menyertai kursus sebagai sebahagian persiapan dan ilmu tambahan yang boleh digunapakai di tempat kerja kelak.
 
Terima kasih diucapkan pada tenaga pengajar pakar dari Bahagian Teknologi Elektrik iaitu En Hamdan Bin Hassan dan En. Hamzah Bin Hasfa sudi meluangkan masa menyampaikan ilmu pengetahuan dan teknik berguna semasa "hands on" amali kepada semua peserta kursus.
 
Semua peserta kursus layak diberikan Sijil Peningkatan Kemahiran yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Elektrikal, En Christopher Augustine dan boleh digunapakai untuk penilaian pencapaian terdahulu (PPT) bagi mendapatkan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) kelak.

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my