Kursus Sepenuh Masa

Teknologi Binaan (Bangunan)

Teknologi Binaan (Bangunan)

Pelatih akan diajar cara membaca pelan binaan serta langkah-langkah pembinaan bangunan dengan kemasan dan lepaan, kerja konkrit,setting out bangunan,membuat anggaran bahan dan memasang jubin lantai dan dinding. Pelatih juga didedahkan dengan kerja-kerja kayu dan pemasangan paip sebagai pelajaran teras. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2.

Persijilan
-Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3
(Jabatan Pembangunan Kemahiran)
-Sijil Teknologi & Sijil Teknologi Perindustrian
(Jabatan Tenaga Manusia)

Tempoh Kursus
-2 tahun di institut
-3 hingga 6 bulan di industri

SYARAT KEMASUKAN
(Minima)
1. Lulus SPM atau setaraf dengannya
2. Lulus Bahasa Malaysia

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Elaun saku RM100.00 setiap bulan.
2. Elaun saku semasa Latihan Industri RM300.00 sebulan.
3. Tempat penginapan percuma.
4. Makan dan minum percuma sepanjang pengajian.
5. Bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan peralatan moden dan terkini.

KERJAYA

Pertumbuhan pesat industri pembinaan membuka peluang pekerjaan yang luas kepada jurubina bangunan dengan bekerja dengan syarikat pembinaan sebagai pekerja mahir atau menjadi penyelia tapak dan kerani kerja. Mereka juga boleh menjalankan pekerjaan sendiri seperti menjadi kontraktor.

Date

19 January 2023

Tags

Sivil & Bangunan

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my