Kursus Sepenuh Masa

Teknologi Elektrik

Teknologi Elektrik

Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai Pendawaian Domestik dan Industri yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan elektrik melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari.

Tempoh latihan hanya 2 tahun iaitu 4 semester. Sebaik tamat kursus, pelajar yang berjaya melepasi penilaian dan peperiksaan yang disediakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kompetenan Pendawai Elektrik Satu Fasa (PW2) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Selain itu, pelajar juga akan menerima Sijil Juruelektrik Perindustrian yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia(JTM).

Persijilan
-Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3
(Jabatan Pembangunan Kemahiran)
-Sijil Teknologi & Sijil Teknologi Perindustrian
(Jabatan Tenaga Manusia)

Tempoh Kursus
-2 tahun di institut
-3 hingga 6 bulan di industri

SYARAT KEMASUKAN
(Minima)
1. Lulus SPM atau setaraf dengannya
2. Lulus Bahasa Malaysia, Matematik, Sains
(atau Fizik, Kimia, Biologi) & Sejarah

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Elaun saku RM100.00 setiap bulan.
2. Elaun saku semasa Latihan Industri RM300.00 sebulan.
3. Tempat penginapan percuma.
4. Makan dan minum percuma sepanjang pengajian.
5. Bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan peralatan moden dan terkini.

Peluang Kerjaya

Permintaan untuk Jurulektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Jurulektrik di sektor-sektor industri tempatan. Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal khususnya pendawai elektrik.

Dalam sektor industri,skop pekerjaannya adalah juruteknik yang meliputi kerja-kerja pendawaian,pemasangan dan penyelenggaraan elektrikal.(Maintenance technician).Jurulektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri dengan kontraktor elektrik.

Selain daripada itu,peluang pekerjaan di Syarikat-syarikat Kontraktor Pendawaiaan Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga(ST) sangat menggalakkan dan permintaan dalam bidang pendawai elektrik adalah tinggi memandangkan kekurangan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara.

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan kursus Diploma Teknologi Eletrik Kuasa dan juga di Universiti Kuala Lumpur(UNIKL) yang menawarkan kursus pada peringkat Ijazah.Terdapat juga Institut Latihan Perindustrian  Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang menawarkan kursus kekompetanan Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) yang mana pelajar-pelajar berpeluang meningkatkan lagi kekompetenan dalam bidang elektrik.

Date

19 January 2023

Tags

Elektrikal & Komputer

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my