Kursus Sepenuh Masa

Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

Persijilan
-Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3

(Jabatan Pembangunan Kemahiran)
-Sijil Teknologi & Sijil Teknologi Perindustrian
(Jabatan Tenaga Manusia)

Tempoh Kursus
-2 tahun di institut

-3 bulan di industri

SYARAT KEMASUKAN
(Minima)
1. Lulus SPM atau setaraf dengannya
2. Lulus Bahasa Malaysia, Matematik, Sains
(atau Fizik, Kimia, Biologi) & Sejarah

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Elaun saku RM100.00 setiap bulan.
2. Elaun saku semasa Latihan Industri RM300.00 sebulan.
3. Tempat penginapan percuma.
4. Makan dan minum percuma sepanjang pengajian.
5. Bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan peralatan moden dan terkini.

PELUANG KERJAYA:

Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah mendorong lebih banyak industri seperti industri pembuatan dan kejuruteraan ditubuhkan. Industri seperti ini memerlukan ramai pekerja-pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau jurugegas. Dengan itu peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar yang mengikut kursus ini cerah. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal. Mereka yang berpengalaman dan mempunyai modal boleh membuat perniagaan sendiri.

Date

19 January 2023

Tags

Mekanikal & Pengeluaran

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN LABUAN

Jalan Mohamad Salleh,
87018 W.P Labuan.

Tel : +608-7414 911
Faks : +608-7422 500 
Emel : ilplabuan@jtm.gov.my